Friday, 25 February 2011

LRT..

Assalamualaikum pembaca2 sekalian,

tadi aku pergi KLCC untuk beli tiket nak tengok wayang esok dengan mama, adik, angah, and che adik. OTW balik kan, aku naik tren salah, tren aku menghala ke stesen kelana jaya ( ni macam nak balik uia je, tanda rindu kot., hahahaha ) so aku pon turun tren tu and naik tren yang betul. bila masuk tren betul tu, dengan aku yang control macho, berdiri macam brader besar. rupanya nak berdiri macam brader besar and control macho pada masa yang sama penat jugak. aku pon duduk. depan aku ni, ada 2 orang sisters ( dah biasa dengan UIA kot nie. ahhahah ) , aku sangat terkejut dengan perbuatan mereka. memang aku tak sangka diorang akan buat macam tu dalam LRT pulak tu. aiseh, diorang tengah belajar dlm LRT. kejut gila aku.aku pon nak counter diorang belajar, ada surat khabar kat seat sebelah aku, so aku baca.. job listings pulak tu, bosan -.- then aku try laa usha apa yang diorang tengah belajar, sorang dok belajar nota, banyak sangat perkataan, takde gambar langsung, aku pon hilang minat. hehehehe. tapi kawan dia dok belajar asasi physics, sama macam aku belajar. nampak laa centripetal acceleration, horizontal projection at different levels, bla bla bla. hehehe. ingat nak mintak tengok nota2 diorang kejap, tapi tak jadi, malu kot. ehhehehe :DDD then sister yang dok baca fizik tu keluarkan flyer "Scholarship Application into Australian Universities, MEDICINE" ohhh, rupanya doctor. aku pon berfikir, " patut laa rajin, nak jadi doctor rupanya " diorang pon belah kat stesen Sri Rampai ( gi wangsa walk kot ) aku pulak berfikir, "haish, bila laa aku nak jadi rajin macam diorang, boleh je, tapi malas.hihihi" tapi memang laa aku one day nak jadi macam diorang, selalu belajar... mungkin ia hanya impian, tapi semua impian boleh menjadi kenyataan dengan usaha dan berdoa kepada Allah SWT....

P/S : semalam dok tengok gambar2 grad nite sekolah aku, as the browsed through the pictures, tears dripped down my eyes, as i have to wait another 5 years ( at least ) to wear a robe and receive a scrolll.............

sekian terima kasih,

Asssalamualaikum wrt wbt.

3 comments:

  1. kata seorang MAHAguru:bawalah kpdku 1000 pelajar yg bodoh, insyaallah aku akan ajar dia menjadi pandai..tetapi klau datang kepadaku seorang pelajar yg malas..aku xdpt buat ape2..
    ABG<---MESTI RAJIN SOKMO

    ReplyDelete