Sunday, 27 February 2011

Menyanyi..

Assalamualaikum wrt wbt pembaca sekalian,

hari ini aku ingin mencerita pasal menyanyi. aku suka menyanyi, sebab suara aku sedap ^_^
menyanyi ni, cara yang bagus untuk menghilangkan stress. serious aku kata, bila korang menyanyi, dan suara korang tak sedap, stress akan keluar semasa menyayi. sebab stress = tak best, tak  best = tak sedap, tak sedap =suara korang. sorry kalau ada yang terasa :)

ni ada satu cerita yang aku mengalami semasa study kaw2 untuk computer 1 masa exam week 2 minggu lepas.dekat library, aku ada di meja kanan sekali, belajar sorang2. depan aku, member2 engenius aku, meor ngan rafiq, kat meja kiri sekali, sarah nasution, kawan facebook (dia jual mahal sgt sampai tak nak tegur aku. hahahaha). kat meja di antara aku ngan sarah, tu ada sorang perempuan dok study maths 2, rasanya. masa study tu, aku dok dengar ipod nano mahal aku. hehe. then tibe2 aku dengar suara yang kurang sedap, ingatkan ipod aku rosak, so aku bukak laa earphone mahal yang aku beli masa kat singapura. lepas bukak earphone, suara itu masih ada. aku pon pandang kat meor ngan rafiq. rafiq cam biasa buat bodoh, meor bagi aku muka pelik, cam sial pon ada muka dia. hehehehe. then aku pandang sarah, masih menjual mahal. then tengok perempuan meja sebelah aku, rupanya dia dok menyayi, dlm library pulak tu, aku notice, semakin lama, semakin kuat suara. hahahahaha. sume orang dok pandang dia, tapi tak tau laa dia perasan ke tak, tapi buat bodoh je dia. hahahahaha. aku pon dok ketawa, ingat nak join dia menyayi, tapi malu plak. hahahaha. aku usha meor, dia masih buat muka bodoh. hehehehe. then orang azan, aku ingat nak tegur dia soh stop menyanyi, tapi sebab terlalu tahan suka, aku belah gitu. hahahahahaha. insyAllah kalau ada rezeki aku akan jumpa dia lagi, tapi buat masa sekarang, aku akan panggil dia 'budak bising' hahahahaha.

moral of the story, nyanyi laa, tapi nyanyi di tempat yang betul, library, bukan tempat sesuai untuk menyanyi kuat2, unless suara kau sedap cam aku. ahhahha.

sekian, terima kasih :)
 wassalam

Friday, 25 February 2011

LRT..

Assalamualaikum pembaca2 sekalian,

tadi aku pergi KLCC untuk beli tiket nak tengok wayang esok dengan mama, adik, angah, and che adik. OTW balik kan, aku naik tren salah, tren aku menghala ke stesen kelana jaya ( ni macam nak balik uia je, tanda rindu kot., hahahaha ) so aku pon turun tren tu and naik tren yang betul. bila masuk tren betul tu, dengan aku yang control macho, berdiri macam brader besar. rupanya nak berdiri macam brader besar and control macho pada masa yang sama penat jugak. aku pon duduk. depan aku ni, ada 2 orang sisters ( dah biasa dengan UIA kot nie. ahhahah ) , aku sangat terkejut dengan perbuatan mereka. memang aku tak sangka diorang akan buat macam tu dalam LRT pulak tu. aiseh, diorang tengah belajar dlm LRT. kejut gila aku.aku pon nak counter diorang belajar, ada surat khabar kat seat sebelah aku, so aku baca.. job listings pulak tu, bosan -.- then aku try laa usha apa yang diorang tengah belajar, sorang dok belajar nota, banyak sangat perkataan, takde gambar langsung, aku pon hilang minat. hehehehe. tapi kawan dia dok belajar asasi physics, sama macam aku belajar. nampak laa centripetal acceleration, horizontal projection at different levels, bla bla bla. hehehe. ingat nak mintak tengok nota2 diorang kejap, tapi tak jadi, malu kot. ehhehehe :DDD then sister yang dok baca fizik tu keluarkan flyer "Scholarship Application into Australian Universities, MEDICINE" ohhh, rupanya doctor. aku pon berfikir, " patut laa rajin, nak jadi doctor rupanya " diorang pon belah kat stesen Sri Rampai ( gi wangsa walk kot ) aku pulak berfikir, "haish, bila laa aku nak jadi rajin macam diorang, boleh je, tapi malas.hihihi" tapi memang laa aku one day nak jadi macam diorang, selalu belajar... mungkin ia hanya impian, tapi semua impian boleh menjadi kenyataan dengan usaha dan berdoa kepada Allah SWT....

P/S : semalam dok tengok gambar2 grad nite sekolah aku, as the browsed through the pictures, tears dripped down my eyes, as i have to wait another 5 years ( at least ) to wear a robe and receive a scrolll.............

sekian terima kasih,

Asssalamualaikum wrt wbt.

First Post

Assalamualaikum my dear brothers and sisters,

idea untuk membuka blog ini sebenarnya dicetuskan oleh kebosanan cuti semester CFS ni. sebenarnya aku ni tak suka menulis, dan tak suka membaca (sorry mama), tapi disebabkan cuti yang sangat bosan ni, insyAllah, membaca dan menulis akan menjadi rutin harianku. first post ni rasanya aktiviti ta'aruf dengan pembaca2 sekalian. Nama saya Ahmed Zaki bin Abdul Rashid Moten. Stay di Gombak, belajar Foundation in Engineering di Centre for Foundation Studies, IIUM. blog2 ni sudah lama berada dalam family aku nie.. mama ada, che ja ada, mak uda ada, che adek ada. sume la ada, senang cite ^_^ so mungkin blog ni nak lawan diorang laa. hehehe. sure blog ni takkan jadi sehebat blog2 diorang, sebab diorang lagi arif dan tua, so lagi banyak life experience.. mana boleh lawan mama and che ja punya. hehehehe. sila laa kunjungi blog mama di ustazahlama.blogspot.com dan blog che ja di gornamarima.blogspot.com . insyAllah, diorang boleh mentor aku dalam dunia blogging ini. hehehehe. aku tulis blog ni sebab takde kerja, main tulis je... takde topik langsung. hahahaha. okay itu saja laa unutk malam nie, kalau takde pape lagi nanti aku post lagi ye ^_^

Assalamualaikum :D